Jumat, 29 Mei 2009

Arti Sebuah Agama

Sebagai orang muslim kadang kala kita tidak memahami apa sebenarnya maksud agama. Mungkin kita menerka-nerka artinya, ataupun sebagian dari kita malah itu tidak begitu penting. Yang penting menjalankannya.
Apakah akan selesai sampai disitu, belum. Seyogyanyalah kita sebagai umat beragama tahu arti agama. Hal akan timbul bilamana orang yang tidak beragama atau kurang agamanya ingin menggoyahkan keyakinan kita sebagai umat beragama. Nah, untuk itu sekiranya kita harus tahu.
Selain dari kata agama, dikenal pula kata din dari bahasa Arab dan kata religi dari bahasa Eropa. Agama berasal dari kata sankrit. Kata itu tersusun dari dua kata, a = tidak dan gam = pergi, jadi tidak pergi tetap ditempat. Agama memang mempunyai sifat yang demikian.
Din dalam bahasa semit (Arab) berarti undang-undang atau hukum. Dalam bahasa Arab kata ini mengandung arti menguasai, patuh, kebiasaan.
Religi atau relegre (Latin) mengandung arti mengumpulkan, membaca. Tetapi menurut pendapat lain kata itu berasal dari religari yang berarti mengikat. Agama memang mepunyai sifat-sifat yang mengikat manusia.
Intisari yang terkandung dalam istilah-istilah diatas adalah ikatan. Agama mengandung arti ikatan-ikatan yang harus dipegang dan dipatuhi manusia. Oleh karena itu agama diberi definisi-definisi sebagai berikut:
1.Pengakuan terhadap adanya hubungan manusia dengan kekutan gaib yang harus dupatuhi manusia.
2.Pengakuan terhadap adanya kekuatan gaib yang menguasai manusia.
3.Mengikat diri pada suatu bentuk hidup yang mengandung pengakuan pada suatu sumber yang berada di luar diri manusia dan yang mempengaruhi perbuatan-perbuatan manusia.
4.Percaya pada suatu kekuatan gaib yang menimbulkan cara hidup yang tertentu.
5.Suatu sistem tingkah laku (code of conduct) yang berasal dari suata kekuatan gaib.
6.Pengakuan terhadap adanya kewajiban-kewajiban yang diyakini bersumber dari kekuatan gaib.
7.Pemujaan terhadap kekuatan gaib yang timbul dari perasaan lemah dan perasaan takut terhadap kekuatan misterius yang terdapat dalam alam sekitar manusia.
8.Ajaran-ajaran yang diwahyukan Tuhan kepada manusia melalui seorang Rasul.

Baca Selengkapnya »»

Sabtu, 16 Mei 2009

Taubat membersihkan dosa, tenangkan jiwa.

SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.

Taubat adalah satu keistimewaan bagi umat Islam dan ia seharusnya dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan, bukannya disalah guna dengan alasan untuk melakukan seberapa banyak dosa.


"Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (al-Muzammil:20)

Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat tertentu. Antara syaratnya ialah:

· Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan.

· Menyesal atas segala perkara dosa yang dilakukan.

· Berazam tidak akan mengulanginya lagi.

· Mengembalikan hak makhluk yang dizalimi.

· Mengerjakan ibadat fardu yang ditinggalkan selama melakukan dosa.



Orang yang bertaubat sudah tentu mendapat beberapa kelebihan, dibanding mereka yang belum bertaubat. Antara kelebihan itu ialah:

· Dekat diri kepada Allah.

· Takwanya semakin meningkat.

· Mendapat kemuliaan dan anugerah Allah di dalam kehidupan dunia dan akhirat.

· Membersihkan kekotoran di dalam hati.

· Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa.

· Menghapuskan tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan melakukan perkara dosa.

· Dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia.

Baca Selengkapnya »»

Kebesaran Sholat Dua Rakaat

ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.

Selepas itu Jibril a.s memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Tidak.”


Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.

Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh-sungguh dan jika tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rekaat yang hanya sebentar saja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguh nya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.”

Kemudian Jibril a.s berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud: “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal.”

Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara, iaitu:

· Allah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

· Allah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

· Allah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam al-Quran.

· Allah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam Ramadhan.

· Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).

· Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.

......RENUNGKAN........

Baca Selengkapnya »»